Alhamdulillah akhirnya berjayaku membuat blogku sendiri. Selalunya tegok orang punya blog je tapi bodekle kakakku untuk mengajarku membuat blog sendiri.Tapi tidakku sangka misi membodek kakakku berjaya .Syabas kepadaku.HEBAT SEKALI....
Snorkeling adalah pengalaman yang paling gembira.TENGOK BANYAK IKAN .Tak percaya ,tengok gambar tu.Banyak ikan .Tapi ikan tu jahat sebab gigit orang .Takdela sakit sangat tetapi marah jugak dan takut sampai menjerit.MALULAH.Orang tengok.Mula-mula takut nak pergi jauh-jauh ,takut lemas lepas tu berani sangat kerana ada abang yang mengawasi.Waktu nak menyelam jauh-jauh,ayah ajak balik.Kacau daun betullah.Tapi tak baik marah-marah kat ayah.ANAK DERHAKA TAU.Setakat ni jela yang dapat tulis.Klau blog ni dapat bercakapkan best ,beri pendapat ,dapat tulis banyak-banyakkan...TAPI kalau blog dapat bercakap rasanya sayalah orang yang pengsan dulu.Sekian sahaja penulisan blogku kali ini.

No comments:
Post a Comment