Petrosains SEBUAH DESTINASI menyeronokkan

DENGAN ratusan bahan pameran dan program interaktif yang memenuhi
dua tingkat Menara Berkembar-ruang yang berkeluasan lebih 7,000 meter
persegi! SUNGGUH MENAKJUBKAN ................
ANTARA YANG MENARIK:
DARK RIDE
Merentas hutan, laut dan angkasa dengan menaiki sebuah gondola yang dimuati seramai lima orang ..... perjalanan yang tidak boleh dilepaskan, pengalaman seumpama tiada di mana-mana.
Helikopter FLIGHT SIMULATOR & OIL PLATFORM
Cekalkan hati berdepan dengan ribut tropika sebelum mendarat di plantar minyak di tengah bandaraya.
3D TEATER UNGKU OMAR
Hayati filem 3D yang sungguh mengasyikkan.
GEOTIME DIARAMA
Pengembaraan 200 juta tahun ke zaman silam.Ketahui lebih lanjut mengenai
dinasor, gempa bumi dan petroleum.
XPLORASI
Kedai cenderamata yang membantu merangsang kebolehan kreatif anda.Berbagai permainan bercorak pendidikan yang menarik, buku dan bermacam-macam hadiah.
KEMUDAHAN:
DESTINASI UNTUK SEMUA
Mengutamakan keseronokkan dan meluaskan pengalaman semasa mencari ilmu.Para Fasilitator yang berpengalaman sedia membantu sekiranya anda ingin tahu lebih mendalam tentang program yang disediakan.
MESRA BAYI
Disediakan kereta sorong bayi dan bilik khas untuk keperluan si comel.
KESELESAAN UNTUK SEMUA
Kerusi roda, lif dan tandas khas disediakan untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sekiranya diperlukan.Kakitangan juga terlatih untuk membantu mereka.