Tuesday, June 8, 2010

anak sedara macam adik.

Pejam,celik,pejam,celik rupa-rupanya saya dah ada anak saudara.Saya dah jadi Mak Cik.Betul-betul tak percaya.Tapi ini memang kenyataannya.Perbezaan umur hanya10 tahun .Macam adikkan.....
Waktu baru dilahirkan kepalanya lonjong lepas tu
diazankan.Hobinya ialah mandi.Agak pelik sebab selalunya bayi tak suka mandi yang ni dah terbalik pulak.Yang
kelakarnya waktu lepas mandi waktu itu jugak nak buang air.Habis kena kat orang.Nasib baik masih kecil,tak tahu apa-apa,kalau tak mesti kena marah.Selalu yang mandikan dia waktu kakak pertama tengah dalam pantang ialah ibu.
Sekarang dia dah satu tahun empat bulan.Dah pandai berjalan,berlari
dan menari.Dia dah pandai cakap perkataan kakak dan dapat mengenali objek.Memang pandai dan cepat belajar.Dia juga
sudah mempunyai perasaan sedih dan gembira.
Dia lebih rapat dengan ibunya berbanding ayahnya.
Kerana ayahnya sibuk bekerja.Maklumlah ayah dan suami
mithali.

No comments:

Post a Comment