Berita yang mengejutkan kepada saya dan keluarga.Memang tak masuk paper tapi ini kenyataan.Tak masuk dalam paper sebab belum sempat masuk dah jumpa orangnya.Tapi yang dalam gambar bukan adik saya,hanya sekadar gambar hiasan sahaja.Takanlah tu adik saya,cantik sangat tu....Tu anak mat saleh kena kidnap.
Waktu pergi sekolah ada tapi nak balik sekolah yang hilang.Dah cari serata sekolah.Saya ingatkan dia dah balik rumah dengan ibu saya.Jadi saya taklah risau sangat.Lagipun dia selalu buli saya.Buat apa saya risau kat dia.Saya sembang -sembang dengan kawan-kawan tetiba ibu saya datang.Saya pun ambik beg masuk dalam kereta.Ibu tanya mana adik saya.Saya kata kat ibu ingatkan ibu saya dah ambil dia.Tapi tak.
Saya suruh ibu balik rumah,kot-kot dia dah ada kat rumah.Ibu kata tak mungkin adik saya balik sendiri.Ibu sempat lelefon ayah saya,tapi ayah saya kata ayah tak ambik dia pun.....Saya cari dalam rumah pun tak ada.Kami patah balik sekolah.Ibu suruh saya cari kat perpustakaan,tapi perpustakaan dah tutup,bilik muzik dah tutup makmal kumputer pulak dah kunci.
Saya ada nampak kawan saya duduk kat kerusi batu kat sebelah makmal komputer.Jadi saya tanya dia.Dia kata baru tadi dia sembang dengan adik saya.Dia kata adik saya nak ambil beg ,nak balik.Tapi yang kelakarnya ialah dia sempat lagi tanya betulke yang saya ada 10 orang adik-beradik.Memang saya ada 10 orang adik beradik pun.Jangan terkejut.....
Ibu panggil saya,ibu cakap adik dah selamat dijumpai.Saya tengah marah-marah tu.Masuk-masuk kereta tu terus marah kat adik saya Ha tula akibatnya kalau suka merisaukan orang lain,tengok dah kena marah dah.................

sayang jugak iman kat adik
ReplyDelete